Sunday 21 September 2014

Side View Rumah Liza

(Rumah Tengah dan Serambi)





Gambar2 di atas adalah pemandangan dari sebelah kiri Rumah Liza.  Rumah Liza di kelilingi dengan pokok2 buah Durian, Rambutan, Manggis, Ciku, Kelapa, Jambu Tetek, Mangga, Belimbing Buluh (sedap gulai lomak cili api dengan telor itik).

Pokok Petai dan Jering pun ada.

Jikalau musim  buah, tetamu kami boleh makan   buah-buahan yang ada.  Kalau nak alami ketika durian gugur...datang lah masa musim durian......

Sayur2 kampung saperti daun kunyit, serai, cili api, pucuk ubi....ada kami tanam.  Kalau nak masak gulai tempoyak pucuk ubi....semua ada...

Oh ya.....tempoyak kami seratus peratus ori..... Kami jual RM7 utk 500gm.  Ada kami simpan dalam freezer kami.


 (kalau nak buat sambal belacan atau sambal gesek....limau kasturi sedia ada..)




(serai di sepanjang pagar kami, dan juga lengkuas)







Bilik Air Rumah Liza

                                           
       
Pintu sebelah kiri bilik mandi yang lengkap dengan hot and cold shower.  Pintu sebelah kanan adalah toilet yang juga ada cold shower sahaja.

                                 
Ini adalah toilet Rumah Liza.  Ada juga cold shower.  Tingkap yang ada kami hanya guna shower curtain yang 'see through' sebab, sambil dot dot dot.... boleh view kawasan luar rumah.  
                                  

Di siang hari, memang tidak nampak dalam toilet dari luar sebab tingkap tinted.  TETAPI...di waktu malam, x worries, sebab kami ada pasang lampu di dinding luar rumah, jadi.....tidak perlu buka lampu toilet di waktu malam sebab cahaya dari lampu luar akan menerangi dalam toilet.

Toilet camni tidak  ada di tempat lain....CONFIRM!! Hehehe......



Bilik untuk berwudhuk

                                                              

Ini adalah bilik untuk berwudhuk.  Bilik ini bersebelahan dengan ruang TV kami.  

Kami juga sediakan beberapa helai sejadah dan telekung untuk bersolat.  Arah kiblat ada kami tampal di ceiling ruang rumah tengah Rumah Liza.

Al Quran dan beberapa buah kitab surah Yassin serta buku2 bacaan ada kami sediakan di rak buku dekat dengan meja makan.












Ruang TV dan Sofa Bed






Kami hanya ada sebuah Philips TV 29", jenis old school lagi..... 
Sofa berwarna coklat di kiri gambar di atas bolih di buka untuk di jadikan sebuah katil muat dua orang.  Karpet yang kami gulung dan letak di sebelah kanan gambar di atas, bolih di guna jika hendak duduk bersantai di ruang istirehat di luar bahagian dapur kami.

Gambar di bawah ini adalah kerusi panjang jenis buluh yang baru kami beli dari kedai barang2 terpakai di Ulu Langat Selangor.





Bilik Tidur Utama







Ada sebuah bilik tidur utama di Rumah Liza.  Buat masa ini tidak ada katil (kami masih mencari katil yang sesuai untuk rumah kampung kami ini), tapi kami sediakan lapan TOTO queen saiz siap bercadar, dan dua belas bantal (lapan kekabu dan empat jenis latex).  Untuk pengetahuan anda, dua biji bantal jenis latex adalah pemberian daripada tetamu kami yang tertinggal bantal2 tersebut.  Mereka hadiahkan kepada kami. Terimakasih kepada tetamu kami dari Perlis. Selimut juga kami sediakan berjumlah sepuluh helai.

Kami juga sediakan sepuluh helai sejadah dan dua helai telekung untuk solat.  Arah kiblat ada kami tampal di ceiling rumah tengah.

Kami juga ada sebuah Day Bed yang kami letak di ruang Rumah Tengah.  Day Bed ini muat untuk seorang sahaja.






Cantek kan day bed kami....... Alhamdullilah.
(Nota: Kelambu day bed ini hasil jahitan Puan Ros Khamly 0123669878)




Sunday 7 September 2014

Dapor Rumah Liza







Ruang Dapor kami  ada  barang2 berikut:
Sebuah Peti Sejuk
Sebuah Freezer
Sebuah mesin basuh automatik
Meja makan untuk enam orang
Dapor table top untuk memasak
Batu Giling
Lesung Batu







Periuk Nasi Automatik (utk 10-12 org makan)
Blender
Cerek Eletrik
Toaster Eletrik
Periuk stainless steel
Kuali dan saucepan

Pinggan mangkuk untuk lebih dari 10 orang makan
BBQ set (sewa RM80 (termasuk arang dan peralatan utk BBQ))