Sunday 21 September 2014

Bilik Tidur Utama







Ada sebuah bilik tidur utama di Rumah Liza.  Buat masa ini tidak ada katil (kami masih mencari katil yang sesuai untuk rumah kampung kami ini), tapi kami sediakan lapan TOTO queen saiz siap bercadar, dan dua belas bantal (lapan kekabu dan empat jenis latex).  Untuk pengetahuan anda, dua biji bantal jenis latex adalah pemberian daripada tetamu kami yang tertinggal bantal2 tersebut.  Mereka hadiahkan kepada kami. Terimakasih kepada tetamu kami dari Perlis. Selimut juga kami sediakan berjumlah sepuluh helai.

Kami juga sediakan sepuluh helai sejadah dan dua helai telekung untuk solat.  Arah kiblat ada kami tampal di ceiling rumah tengah.

Kami juga ada sebuah Day Bed yang kami letak di ruang Rumah Tengah.  Day Bed ini muat untuk seorang sahaja.






Cantek kan day bed kami....... Alhamdullilah.
(Nota: Kelambu day bed ini hasil jahitan Puan Ros Khamly 0123669878)




No comments:

Post a Comment